[Kisah Benar] Kerana dia seorang Ayah
Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain.
Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih
melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli
untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar -
laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku
biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal
pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung -
seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak
diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut
"Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi
dengan suatu perasaan yang lain.
Aku dengan rutinku berkerja
setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu
pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan.
"Yang mana ya yang haritu, ada lagi
tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama
je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok
ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..."
jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti
menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke
ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang
acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,...
Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada
yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya
kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir
sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas
dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.
"Oklah, yang
ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari
meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk
membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan
untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya
semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku
masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima
Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan
airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping
RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli
sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.
Aku geram kepada
anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta.
Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku
nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan.
Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari
esoknya.
Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua
ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada
waktu kecil. Amin...
Izzuddin Fauzi
artikel tu aku ambik dari FB kawan aku si JasDean .... bukan ape ... tetiba aku teringatkan satu kesah masa aku masih lagi bekerja di IKBN Bachok ... masa tu musim pendaftaran kemasukan pelajar. Macam biasa ... aku di tugaskan untuk mengutip yuran dan mengeluarkan resit pembayaran ....
satu pagi masa pendaftaran ... datang la 3 beranak ke kaunter depan opis aku .... baru nak mendaftar ... dalam ramai ramai yang datang .. aku rasa .. dorang la yg paling simple pakaiannya ... orang kampung ... kalau nak di bandingkan dengan orang lain yang datang dengan kereta mewah, pakaian n aksesori yang bling-bling bagai ...
tiba masa pembayaran ... mak dia pun kuarkan duit ... yuran tak lebih RM300.. aku tak ingat berapa ... tapi .. semuanya makcik tu bayar pakai duit seringgit yg berikat getah ... kira satu satu ... n duit tu bila aku pegang .. memang rasa macam berdebu .. means dah lama simpan .. bukan duit seringgit baru yg masih keras tu ... yg dah lunyai pun ... aduuhh ... time tu .. aku ngan kawan aku wani memang rasa sentap sangat ... sadis kooooo ...
sebelum balik sempat lagi mak dia pesan ... belajar la baik-baik ... biar mak je gi menoreh ... aduhhhhhh ... sadis koo .. aku dapat rasakan yg budak tu memang tolong mak dia buat kerja .. masa tu .. kami bantu apa yg boleh n alhamdulillah ... budak tu memang budak yang baik n dengar kata ...dan dah tamat belajar pun .... harapnya dia dah berjaya dan nasib keluarga dia dah berubah sekarang ni ....
~ It'S OnLy Me ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan