keep on moving babeh ...

Happy Browsing Allz .. click my nuff nuff too ok ;) ..and ... please come again next time ...P/S: Let me know if i forgot to follow u back ok ..

Khamis, 2 Januari 2014

Puding Tapai Pandan

 Salam tahun baru 2014 ... harapnya semua sihat n bahagia selalu di tahun baru ni
semalam cuti tahun baru .. duk kat rumah aje la .. malas nak keluar memana.. soo tetiba rajin la pulak nak main masak masak ... sooo tercapai jugak laa hajat nak buat "puding tapai" ... ni dah masuk kali ke 2 aku beli tapai ni ... tapi pudingnya tak jadi jadi jugak ... hehehe ... semalam ber eksperimen la buat pudding
Tah ape nama nak letak ..hantam je lahh  ... "Puding Tapai Pandan" ...

senang je nak buatnya ... soo cik Jah share resepinya














BAHAN-BAHAN
75 gm agar-agar tali
1500ml air (ikut sukatan agar-agar yg korang beli)
3 cawan tapai (blend halus)
3 sdm tapai (warnakan dengan pewarna hijau, ketepikan sekejap n bilas dengan air utk buang lebihan warna)
1 tin susu cair (nak guna santan pun boleh)
gula (secukup rasa ikut kemanisan yg korang suka)
telur 4 biji
1sdt esen vanila
10 helai daun pandan
1sdt pewarna hijau apple
2 cubit garam (untuk rasa lebih lemak)

CARA-CARANYA :
 Lapisan Tapai
1. Masakkan agar-agar dengan air sehingga larut sepenuhnya (untuk wangi, masukkan sehelai daun pandan yang di carik) dan masukkan gula . Masak hingga gula larut. 
bahagikan agar-agar kepada dua bahagian.2/3 untuk adunan tapai dan 1/3 untuk pandan)
2. Masukkan 3 cawan tapai kedalam blender, masukkan 2/3 tin susu cair dan 2 biji telur (pastikan telur dibuang pusatnya supaya tak hanyir). Blend sampai tapai halus.
3. Masukkan kedalam agar-agar yang telah larut tadi (portion 2/3), masukkan secubit garam dan esen vanila  kacau sedikit n tutup api.
4. Masukkan tapai yang telah diwarnakan tadi dan kacau sampai rata dan tidak berketul. Masukkan agar-agar tapai dalam acuan dan biarkan mengeras sedikit.

Lapisan Pandan
5. Masukkan daun pandan yang telah di gunting kecil kedalam blender. Masukkan baki susu cair, 2 biji telur (yang telah dibuang pusat ). blend sampai halus dan tapiskan.
6. Masukkan adunan tadi kedalam agar-agar dan kacaukan perlahan-lahan. masukkan sedikit pewarna hijau (kalau nak cantik lagi) dan secubit garam.
7. Tuangkan ke atas agar-agar tapai yang telah keras dan di garis-gariskan tadi (pastikan keras sedikit dan gariskan dengan garfu di permukaan atas tu untuk pastikan 2 lapisan agar-agar melekat)..
 note : boleh aje kalau nak buat banyak lapis lapis... tapi cik jah ni rajin terlampau ... hehehhe ..

ok .. selamat mencuba allz... 


~ It'S OnLy Me ~
 Photobucket

Tiada ulasan:

Dah Follow Jijah ???

Dah Follow Jijah ???
har..har har ... sabo je laa serindit ni tauu ... dia cakap meh nak kasik jijah femess ... ramai follower dalam sekelip mata ...hahaha ni lah dia kasik ... ahaks ...lawak la ko serindit oittt ...tak tahann ... 30058 follower ...perghhhhh ... kejong Jijah japs ... ahaks .. thanks buddy ;) ..wink .. wink .. click je kat sebelah atas tu kalo nak follow ...

Jijah Ohh Jijah

Daisypath Anniversary tickers

Seiring & sejalan ...

Daisypath Anniversary tickers

Me & Vicky