keep on moving babeh ...

Happy Browsing Allz .. click my nuff nuff too ok ;) ..and ... please come again next time ...P/S: Let me know if i forgot to follow u back ok ..

Isnin, 25 Oktober 2021

Tragedi 9 hari 8 malam - part 4

Sebelah makcik kaya ada sorang perempuan... Aku ingatkan dia cina. Rupanya dia warga negara Thai. Sekali tengok muka dia sentiasa kelam jer. Sedih.. murung..  biasa dia akan duduk dekat penjuru hujung katil menghadap ke luar. Termenung jauh ... Entah apa la dia fikirkan. Kadang² tiba² je dia nangis. Lepas tu dok cakap .. "I want to go back". "I'm ok.. why they don't let me go back". "I no crazy".. nangis.  


Dari info makcik kaya ... Pompuan ni kena prank Ngan kawan dia. Kawan² dia kata dia gila. Masa dia di hantar ke hospital. Ada 4 orang polis bawak dia. Sama juga cerita dari mulut dia sendiri... Cuma dia kata dia X sakit. Sedih dia bila dia bercerita yang orang kata dia gila. 

Dari kata doktor yang datang check dia... tekanan darah dia rendah sangat dan darah pun X cukup. Memang dia kena stay lagi dekat hospital selagi belum ok. Dia memang X dibenarkan berjalan² sebab anytime je dia boleh collapse. 

Ada mcm² jenis pesakit n penyakit Dekat ward ni. Awal masa masuk dalam ward ni.. memang nurse dan doktor dah pesan. Kena pakai mask sepanjang masa. Sebab kita X tahu siapa yang ada COVID atau yg ok. Soo berhati² lagi baik. 

Stress juga kalau sepanjang hari kena pakai mask. Rasa lemas. Tidur pun pakai mask. Tambah bila keadaan panas dan berkuap .. lagi la rasa rimas .. alhamdulillah nasib baik juga katil aku dekat tepi tingkap. Ward pulak dekat tingkat yg paling tinggi. Bila sesekali angin bertiup tu.. rasa selesa sangat. Time Tu Aku akan pusing tidur terbalik.. kepala kat hujung kaki katil tu supaya kepala aku terjongos kat pintu ward tu. Curi² bukak mask sebab nak hirup udara segar sambil berbaring tengok pemandangan bandar yang serabut tu. 

Tapi ada sekali tu .. tengah aku melayan angin sejuk .. terlelap sekejap. Alih² terkejut sebab nurse datang nak ambik pressure. Rasa nak tercabut jantung. Maklum lah .. KO kan tengah dok curi² bukak mask. Mau X terkejut. 

Bersambung ....

~ It'S OnLy Me ~ 
 Amietz

Ahad, 24 Oktober 2021

Tragedi 9 hari 8 malam - part 3

Maka bermulalah siri aku kena masuk antibiotik. Aku rasa awal² tu sehari ada 4 5 botol kecik kot. Mula² masa cucuk antibiotik tu rasa macam sejuk je ubat dia mengalir masuk. Rasa best la. Tapi kalau dah 5 botol .. terus rasa sengal tangan. Sejuk dia bertukar menjadi rasa sakit pulak. Tiap kali masuk antibiotik tu.. aku akan urut² tangan aku.. ada Gak timenya aku akan selimutkan tangan aku.. sebab tak tahan rasa sengal tu.  














Badan aku ni susah jugak nak serap antibiotik ni. Selalunya lepas dia pasang je wire tu. Memang sah² ubat X jalan pun. Setiap kali tu la nurse akan flush melalui lubang atas tu.. ohoiii... Sakit weyhhh... Ada sekali tu nurse flush.. rasa pedih gilaa tangan aku. Sampai terasa ada gelembung kat situ n selepas tu memang bengkak gila la tangan aku kat tempat cucuk. Kadang rasa panas membahang sakit kat situ. Ada Gak sekali nurse tu flush ni bukak paling besar dia nye drip... Perghh.. laju gila dia masuk lam tangan aku. Dah serupa MCM pam minyak jerrr. Zeroooshhhh laju je masuk... 

Ok... Meh cerita pasal jiran² aku pulak ...

Pakcik sebelah kiri aku ni rajin Gak ajak berbual. Tapi yg aku X tahan tu.. suara dia slow sangat. Kadang aku X Paham apa dia cakap. Pakcik tu mata dia dah X nampak pun. Katanya dia nampak aku nye kepala bulat Aje. Ciri² muka aku dia X nampak. Dia tanya aku keje ape. Dari mana n macam² lagi la. Satu yang pasti tentang pakcik ni.. dia suka makan.. boleh katakan sepanjang masa dia dok cerita pasal makanan Aje. Makan tu best..  makan ni best. Buat masak macam ni best... Buat masak macam tu sedap. Heheheh aku agak dia dah rindu masakan luar la. Maklum lah. Masakan spital mana ada kari2 .. lemak²... Pedas²... Yg sesedap rasa macam kita masak kat rumah la. Aku cakap .. "bagus la kalau pakcik masih ada selera nak makan. Baru ada tenaga. Saya ni kadang semua benda jadi X lalu nak makan....".  

Tu kisah pakcik sebelah katil aku... Ni cerita makcik katil depan pakcik tu pulak. Makcik tua rambut kerinting barang penuh keliling katil. Aku namakan dia "makcik kaya".. 

makcik kaya ni suka dok tenung aku. Kadang bila aku terpandang dia .. ehh dia macam dok tenung aku. Tapi dalam hati aku tertanya2 Gak. Makcik ni nampak ke tidak aku ek? Atau mata dia rabun .. X nampak macam pakcik tu jugak... aku perhatikan makcik kaya ni .. perasaan aku bercampur aduk. Why? 

Makcik kaya ni asal nurse lalu je .. dia akan panggil.. "hai sayanggg... I love you".. kadang ada nurse yg balas n melayan... Kadang ada nurse yg nak cepat n X sempat nak layan makcik kaya ... Kalau nurse X layan .. terus makcik tu membebel... "Huh sombong".. sometimes keluar perkataan "bodoh" ... 'Anjing"... 

Kadang doktor lalu.. dia cepat2 cakap  "hai sayanggg".. "hai doktor"... N kalau doktor X layan... "Huh Sombong"... "KO ingat KO bagus sangat ke? Anak aku pun doktor la. Bukan doktor biasa². Anak aku doktor pakar la... " Kadang melalut² dia membebel siap cakap... "KO ingat aku nak sangat ke masuk hospital ni. Aku ada duit la. Aku boleh masuk hospital swasta laaa..." Tapi perkataan "bodoh" ... 'Anjing"... memang selalu dia ulang² la. 

Sekejap aku dengar makcik tu menyanyi. Macam² jenis lagu jugak la. Termasuk lagu kanak² MCM si bangau sampai la ke lagu terkini di pasaran. Nyanyi pendek² je. Belum campur lagi yg lirik ikut suka dia n lagu children rhyme yang aku tak pernah dengar.

Kadang2 datang angin dia .. siap baca surah² pendek. Kadang ada yg betul. Kadang sampai sasul² salah. Tapi selalunya dia nyanyi jerrr.. 

Hati aku tertanya². Makcik ni betul ke tidak??? 

Bersambung..... 



~ It'S OnLy Me ~ 
 Amietz

Sabtu, 23 Oktober 2021

Tragedi 9 Hari 8 Malam - Part 2

Jam 3 pagi .. 




Aku, Adik yg preggy dan sorang lagi patient dilepaskan untuk naik ke ward daripada bilik emergency tu.

 Adik yang mengandung tu ada porter tolong tolak kerusi roda. Dalam masa yang sama ada sorang patient yang ditolak dengan guna katil. soo 2 orang porter kawal katil tu depan n belakang. N disebabkan aku ok je, soo aku jalan aje la ikut dorang naik ke ward sambil bawak barang-barang aku.

Masuk aje dekat ward ... aku tetiba bau semacam. Mula la Aku rasa pening tiba-tiba macam nak muntah n pitam. Ohhh tidakkk. walau pakai face mask 5 layer, bau tetap menerobos ke lubang hidung aku. aku tak tahannn. Siap aje katil. Terus aku campak beg merah kat penjuru kepala katil n terus baring letak kepala. tangan pegang balm tiger dekat hidung... baring sekejap.. terus  x sedar apa. X gerak2 sampai siang esoknya.

Pagi tu aku tersedar dengan udara pagi yang segar dan sayup-sayup kedengaran azan subuh. Rasa sengal-sengal badan aku sebab dari malam tadi aku pengsan terus tak sedar apa-apa. Bangun slow-Slow duduk bersila atas katil. Capai Beg merah dan teguk air yang aku bawak. Dah surut nak habis. 

Sambil-Sambil.. mata aku melilau tengok keadaan sekeliling. Katil aku terletak di bahagian tepi sekali wing kanan. dekat dinding @ pintu sliding. lorong yang aku duduk semua penuh dengan patient. ada yang sedang duduk termenung, tapi masih ramai yang nyenyak tidur. 

Sebelah kiri aku .. ada sorang pakcik tua terbaring .. kurus .. rambut nipis penuh uban.. 

depan katil pakcik tu pulak ada seorang makcik tua rambut kerinting. Penuh barang-barang sekeliling katil dia tu. berselimut tebal. Sejuk agaknya sebab dia betul-Betul dekat dengan kipas. Aku agak-agak mesti dia dah lama duduk situ. sebab katil dia sekeliling penuh dengan barang-barang n beg dia.

Sebelah depan katil aku pulak ada seorang perempuan yang agak muda. nampak macam orang cina. Rambut Ikal kemerahan macam burgundy, dengan seluar fit pendek warna hitam paras lutut dan baju tshirt. Kemas je katil dia. Nampak bersih dan terjaga.

Tak lama datang sorang nurse mintak izin ambik bacaan tekanan darah dan bacaan gula. Aku masih pakai baju yang sama daripada semalam. masih rasa boleh tahan walau badan belengas rasa nak mandi. malam tadi aku cuma bersihkan diri guna tisu basah berubat. Rasa selesa sikit lah walau hati meronta-ronta rasa nak pegi mandi.

 Siap ambil bacaan, aku pun terus tanya dekat mana aku boleh dapatkan baju hospital. Nurse tu terus pergi ambilkan sepasang baju belang hospital n cakap dengan aku .. " Baju dan kain ni semua ada dalam bilik yang paling bujung belah kiri. lain kali kalau puan nak, boleh je pegi ambik sendiri kat situ.

Dah dapat baju .. aku teringat tuala adik fieyaz dalam beg merah. Ahh. jadi la walau tuala budak pun.. janji aku boleh lap badan... soo dini hari pagi tu.. aku pegi mandi walau xde pakai sabun. leganya rasa tuhan aje yang tahu. rasa sejuk fresh aje. ye lah ... bayangkan kalau ko pakai baju yang sama dalam tempoh 24 jam. mesti ada rasa x selesa kan. pagi tu aku sorang aje yang baru bangun dan pegi mandi. Kebetulan staff malam baru je siap kemas-kemas dan cuci bilik air. rasa selesa juga lah dan yang paling best... BERSIH DAN WANGI

Teringat adik. terus wassap dia minta tolong hantarkan baju dan barang-barang keperluan aku..  aku mintak dia tolong belikan air mineral dan roti juga untuk bekalan aku kalau tetiba terasa lapar ke ape. 

BERSAMBUNG ... 


~ It'S OnLy Me ~ 

 Amietz

Jumaat, 22 Oktober 2021

Tragedi 9 hari 8 malam

Ok ... lets begin .... ini cerita pasal percutian 9 hari 8 malam dekat spital ..takde masa nak mengarang .. ada je hal yang mendatang ... soo hari ni saja la luang masa sekejap menaip cerita sebelum semua cerita luput daripada fikiran aku ..... 

Hari Selasa .. 

Masa aku tengah mendapatkan rawatan .. suddently badan aku jadi meggeletar bergegar-gegar sejuk yang teramat sangat sampai semua daging, urat dan lelemak kat badan aku ni bergegar-gegar. Soo aku di bagi panadol dan ubat chilling ke ape nama. soo aku balik makan ubat .. rest .. 

Rabu 

Aku x pegi keje .. ambik cuti rehat sebab aku rasa macam x larat sangat. 

Khamis 

Pagi aku rasa macam ok je ... aku pegi la ke pusat rawatan tu .. masa tengah buat rawatan tu .. sekali lagi badan aku automatik jadi bergegar balik ... soo staff situ cakap maybe aku ada jangkitan kuman .. dan secara automatik la dia pun buat surat n mintak aku pegi ke spital Kelang. 

Soo disebabkan aku bebetul x larat n demam. aku call adik aku untuk ambik aku n bawak g hospital Kelang. Balik rumah dulu untuk pack segala baju n benda-benda yang penting. lately memang macam tu la. kalau nak g spital je. memang automatik akan pack baju siap2. kalau x bermalam di hospital. aku bermalam kat rumah adik n layan anak2 buah.

Sampai kat hospital lebih kurang jam 5 lebih dah. Aku pun tunjuk surat n masuk la dekat kecemasan tu. daftar n jumpa doktor, doctor x cakap banyak pun. bila aku cakap jangkitan kuman tu, dia terus cakap aku kena masuk ward. disebabkan aku dah suruh adik balik. yg ada kat aku cuma beg sandang merah yg ada barang keperluan asas n sehelai tuala anak buah aku. Maka dengan rasminya aku di tahan di wad kecemasan. dorang bagi aku katil hujung sekali dekat dengan dinding. 

Sedar x sedar rupanya dah dekat jam 10 malam. terasa perut berkeroncong. aku hanya makan sarapan tadi pagi je. tunggu juga makanan hospital. tapi macam sepi je. soo aku sembang dengan budak sebelah aku. budak perempuan tu pregnant. dia kena tahan sebab ada masalah dengan jantung dia. budak tu pun dah menggelisah lapar. lepas sembang-sembang dengan budak tu, maka aku dengan dia pun sama-sama la order makanan online. Aku order nasi goreng, dia mee goreng. 

tak lama makanan sampai. tapi takde sudu pulak. aku pegi cari sinki untuk cuci tangan. budak tu hilang pegi mana tah. alih2 dia datang bawak 2 sudu yang dah siap di basuh n lap dengan tisu. Terus dia hulur kat aku satu sudu tu. Aku siap cakap, 

"laaaa sempat lagi pegi beli sudu.. saya dah makan dengan tangan. lapar sangat rasa.." 

dia kata " takpe la .. nanti boleh guna lagi sudu ni. Terima kasih kakak. belanja saya."



"Ok. Sama-sama. Terima kasih jugak bagi sudu ni".. soo kami sama-sama makan then selepas tu sambung rehat. lebih kurang setengah jam lepas tu, budak tu kena naik wheel chair untuk pergi check. aku pulak cuba untuk rehat n melelapkan mata. tapi dekat situ aku kena serangan nyamuk. langsung xleh tidur. Alih-alih jam 3 pagi. nurse kejutkan aku suruh kemas barang-barang untuk pindah ke ward. 


BERSAMBUNG ...............

~ It'S OnLy Me ~ 

 Amietz

Isnin, 16 November 2020

kita hanya merancang

Alhamdulillah ... hari ni aku dah terima scroll yang di nanti-nantkan .. dah lama aku habis skool ..end of 2019. suppose convo awal tahun 2020. tetiba last minute covid lak ... that time ... Dr Ahmad cakap dia nak turun dari Brunei utk majlis convo aku nanti ... aku lak .. dah plan nak ajak ibu datang utk convo tu nanti .. someone yg aku ajak datang lak berkira-kira nak datang .. tapi depend on work .. 50/50 someone yg tak kurang juga banyak membantu time aku terdesak masa memula study dulu interest nak datang n celebrate .. ummm dia dah datang masa aku convo dulu2 .. hehe lastly Big Bro yang banyak membantu masa aku study kali ni pun xcited nak datang .... in the end ..... 2nd phase covid .. tangguh lagi majlis convo... n convocation dibuat secara temujanji yg akan dijalankan awal 2021 ... emmmm ... its ok lah ... i think better xyah g majlis tu lah .. kita hanya merancang ... Allah dah tentukan .. apa pun .. alhamdulillah ... ~ It'S OnLy Me ~ Amietz

Rabu, 11 November 2020

Rindu Budak

Since duduk jauh dari budak2 ni... Kadang2 baca posting yg lama2 atau tengok video dorang Di hp pun boleh buat rindu membuak2. Semalam adik aku call.. Tapi x sempat nak sembang ngan bebudak. Bateri habis lak.. Tadi tengah aku duduk mengait crochet... Tetiba teringat kat anak kawan aku kat opis tu... Ammar Asyraf. Hari2 sejak adanya kelas kena bergilir.. Memang dia akan ikut emaknya ke office. Hari2 dia akan duduk depan meja aku n sembang mcm2. Aktif n Bijak budaknya. Cara dia sama mcm cara faris. Kalau nak apa2. Dia akan guna cara paling lembut. Bukan terus mintak. Selalunya dia akan mintak aku tunjukkan gambar haiwan2 dekat pc.... Acik miee. Boleh tak acik mie tunjukkan gambar katak? Selalunya mcm tu lah.. Hari2 kalau dia datang.. Terus dia berlari ke pintu bilik... Pergi kat dinding kaca n ketuk2 panggil aku. Selalunya dia x sabar nak bercerita. Ada ajae yg dia nak story kat aku. Satu hari... Dia datang office bawak bekal dimsum. Ada 2 ketul. Satu utk ammar.. 1lagi utk acik mie.. Bersungguh2 dia sua kat aku suruh rasa. Kata mak dia.. Dari semalam lagi.. Bila dia makan aje.. Terus ckp dengan mak dia.. Esok nak bawak untuk acik mie. Banyak kali dia ckp n ingatkan mak dia.. Kata kawan aku tu.. Utk saya pun dia tak bawak tauu.. Utk acik mie aje. Hehehhe.. Kadang2 dia main ckp aje.. Pernah 1 hari.. Dia main order je ape dia nak.. Suruh aku belikan utk dia.. Hahaha budak2. Soo sweet. Kebetulan.. Utk bday dia haritu.. Aku belikan dia t-shirt gambar kereta bomba n fire truck. Kata mak dia.. Memang ammar suka bomba. Soo sementara dia masih suka. Apa salahnya sesekali kan.. Thn depan dia dah mula skool.. Semoga ammar membesar jadi anak yg soleh n berjaya dunia akhirat. Bila la nak habis pkp ni... Acik mie Dah rindu budak2 kecik ni semua... ~ It'S OnLy Me ~ Amietz

Selasa, 13 Oktober 2020

Expert driver ke?

 


Pagi ni aku terserempak dengan salah sorang jiran aku ... berbondong-bondong dia bawak benda ... sorang anak dia jalan ikut belakang ... sorang lagi duduk dalam stroller .. satu tangan tolak stroller anak n satu lagi dia bawak barang dalam beg plastik hitam .... aku agak-agak dia bawak sampah .... 

soo sambil panaskan enjin ... aku nampak dia dari jauh ... dia bawak plastik hitam tu ke pintu pemandu belah depan ... letakkan kat tepi kereta ... then bila dia gerak .. dia capai beg palstik hitam tu ... tangan sebelah memandu ..sebelah pegang plastik sampah hitam .... 

Uuumang aiii akak ... bahaya laaa .... bayangkan le nak bawak kereta lagi .. nak pusing 1 pusingan car park atas untuk exit ke bawah ... tangan sebelah je nak pulas2 stereng ... wehhhhh ... biar betik kakkk?? 

ok laa .. maybe dia pakai kereta auto ... masuk gear sesiap n tekan minyak aje .... still aku rasa sangat merbahaya ... bukan saja utk diri sendiri .. tapi anak2 jugak ... 

why not kalau buat mcm aku ... aku memang sediakan 1 baldi khas utk sampah ... dalam tu aku lapik paper lama ... then letak plastik sampah .. soo kalau ada air meleleh dari sampah pun .. akan meresap kat kertas ... senang nak buang n bersihkan .... selain air sampah x menjejes-jejes sepanjang jalan korang nak buang sampah tuuu ... senang nak bawak gi sana sini ... ada tangkai baldi leh pegang ..senang nak angkut ... 2nd ... ko boleh letak aje kat dalam kereta .. x kotorkan lantai kereta tu ..  

soo always drive safely guys ... take care

~ It'S OnLy Me ~ 

Amietz

Dah Follow Jijah ???

Dah Follow Jijah ???
har..har har ... sabo je laa serindit ni tauu ... dia cakap meh nak kasik jijah femess ... ramai follower dalam sekelip mata ...hahaha ni lah dia kasik ... ahaks ...lawak la ko serindit oittt ...tak tahann ... 30058 follower ...perghhhhh ... kejong Jijah japs ... ahaks .. thanks buddy ;) ..wink .. wink .. click je kat sebelah atas tu kalo nak follow ...

Jijah Ohh Jijah

Daisypath Anniversary tickers

Seiring & sejalan ...

Daisypath Anniversary tickers

Me & Vicky