keep on moving babeh ...

Happy Browsing Allz .. click my nuff nuff too ok ;) ..and ... please come again next time ...P/S: Let me know if i forgot to follow u back ok ..

Ahad, 24 Oktober 2021

Tragedi 9 hari 8 malam - part 3

Maka bermulalah siri aku kena masuk antibiotik. Aku rasa awal² tu sehari ada 4 5 botol kecik kot. Mula² masa cucuk antibiotik tu rasa macam sejuk je ubat dia mengalir masuk. Rasa best la. Tapi kalau dah 5 botol .. terus rasa sengal tangan. Sejuk dia bertukar menjadi rasa sakit pulak. Tiap kali masuk antibiotik tu.. aku akan urut² tangan aku.. ada Gak timenya aku akan selimutkan tangan aku.. sebab tak tahan rasa sengal tu.  














Badan aku ni susah jugak nak serap antibiotik ni. Selalunya lepas dia pasang je wire tu. Memang sah² ubat X jalan pun. Setiap kali tu la nurse akan flush melalui lubang atas tu.. ohoiii... Sakit weyhhh... Ada sekali tu nurse flush.. rasa pedih gilaa tangan aku. Sampai terasa ada gelembung kat situ n selepas tu memang bengkak gila la tangan aku kat tempat cucuk. Kadang rasa panas membahang sakit kat situ. Ada Gak sekali nurse tu flush ni bukak paling besar dia nye drip... Perghh.. laju gila dia masuk lam tangan aku. Dah serupa MCM pam minyak jerrr. Zeroooshhhh laju je masuk... 

Ok... Meh cerita pasal jiran² aku pulak ...

Pakcik sebelah kiri aku ni rajin Gak ajak berbual. Tapi yg aku X tahan tu.. suara dia slow sangat. Kadang aku X Paham apa dia cakap. Pakcik tu mata dia dah X nampak pun. Katanya dia nampak aku nye kepala bulat Aje. Ciri² muka aku dia X nampak. Dia tanya aku keje ape. Dari mana n macam² lagi la. Satu yang pasti tentang pakcik ni.. dia suka makan.. boleh katakan sepanjang masa dia dok cerita pasal makanan Aje. Makan tu best..  makan ni best. Buat masak macam ni best... Buat masak macam tu sedap. Heheheh aku agak dia dah rindu masakan luar la. Maklum lah. Masakan spital mana ada kari2 .. lemak²... Pedas²... Yg sesedap rasa macam kita masak kat rumah la. Aku cakap .. "bagus la kalau pakcik masih ada selera nak makan. Baru ada tenaga. Saya ni kadang semua benda jadi X lalu nak makan....".  

Tu kisah pakcik sebelah katil aku... Ni cerita makcik katil depan pakcik tu pulak. Makcik tua rambut kerinting barang penuh keliling katil. Aku namakan dia "makcik kaya".. 

makcik kaya ni suka dok tenung aku. Kadang bila aku terpandang dia .. ehh dia macam dok tenung aku. Tapi dalam hati aku tertanya2 Gak. Makcik ni nampak ke tidak aku ek? Atau mata dia rabun .. X nampak macam pakcik tu jugak... aku perhatikan makcik kaya ni .. perasaan aku bercampur aduk. Why? 

Makcik kaya ni asal nurse lalu je .. dia akan panggil.. "hai sayanggg... I love you".. kadang ada nurse yg balas n melayan... Kadang ada nurse yg nak cepat n X sempat nak layan makcik kaya ... Kalau nurse X layan .. terus makcik tu membebel... "Huh sombong".. sometimes keluar perkataan "bodoh" ... 'Anjing"... 

Kadang doktor lalu.. dia cepat2 cakap  "hai sayanggg".. "hai doktor"... N kalau doktor X layan... "Huh Sombong"... "KO ingat KO bagus sangat ke? Anak aku pun doktor la. Bukan doktor biasa². Anak aku doktor pakar la... " Kadang melalut² dia membebel siap cakap... "KO ingat aku nak sangat ke masuk hospital ni. Aku ada duit la. Aku boleh masuk hospital swasta laaa..." Tapi perkataan "bodoh" ... 'Anjing"... memang selalu dia ulang² la. 

Sekejap aku dengar makcik tu menyanyi. Macam² jenis lagu jugak la. Termasuk lagu kanak² MCM si bangau sampai la ke lagu terkini di pasaran. Nyanyi pendek² je. Belum campur lagi yg lirik ikut suka dia n lagu children rhyme yang aku tak pernah dengar.

Kadang2 datang angin dia .. siap baca surah² pendek. Kadang ada yg betul. Kadang sampai sasul² salah. Tapi selalunya dia nyanyi jerrr.. 

Hati aku tertanya². Makcik ni betul ke tidak??? 

Bersambung..... 



~ It'S OnLy Me ~ 
 Amietz

Tiada ulasan:

Dah Follow Jijah ???

Dah Follow Jijah ???
har..har har ... sabo je laa serindit ni tauu ... dia cakap meh nak kasik jijah femess ... ramai follower dalam sekelip mata ...hahaha ni lah dia kasik ... ahaks ...lawak la ko serindit oittt ...tak tahann ... 30058 follower ...perghhhhh ... kejong Jijah japs ... ahaks .. thanks buddy ;) ..wink .. wink .. click je kat sebelah atas tu kalo nak follow ...

Jijah Ohh Jijah

Daisypath Anniversary tickers

Seiring & sejalan ...

Daisypath Anniversary tickers

Me & Vicky