keep on moving babeh ...
Rabu, 22 Jun 2022
nak tahu dan ambil tahu
alahai .. ramai lak komen pasal ayat ni kat FB aku ... sebenarnya semalam aku terfikir sendiri ..
sepanjang masa since aku start sakit ni .. aku tak pernah bagi tahu orang pasal sakit aku .. satu sebabnya ialah aku memang tak suka cerita ngan orang dan aku rasa itu hal peribadi aku .. cuma ada lah beberapa orang saja kawan-kawan rapat yg tahu ... itu pun sebab aku selalu sembang pasal kesihatan ngan depa .. soo auto story dengan geng kesihatan macam ni ...
masa aku kat hospital ... ada lah beberapa orang yg call aku sebab nak tahu sangat dan tertanya-tanya apa sebenarnya sakit aku ni ... soo aku story lah .. tapi tu lah ... kebanyakannya sekadar nak tahu cerita saja .. then nak tahu sebab kawan-kawan yg lain pun dok tertanya-tanya juga sakit apa .. katanya .. kawan semua nak tahu ... soo dia sekadar nak tahu aje lah ... selepas tu krik2 je ..
berbeza dengan orang yang memang mengambil tahu ... bukannya aku mengharapkan orang dok tanya keadaan aku macam mana dan sebagainya .. tapi biasanya orang yg mengambil tahu ni dia akan take care dan bebetul caring .. nampak ikhlasnya di situ ...
bagi aku .. kalau sekadar nak tahu cerita .. lepas tu nak buat bahan cerita ... baik tak payah lahh ambik tahu ..
~ It'S OnLy Me ~
Amietz
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan