keep on moving babeh ...

Happy Browsing Allz .. click my nuff nuff too ok ;) ..and ... please come again next time ...P/S: Let me know if i forgot to follow u back ok ..

Khamis, 28 Oktober 2021

Tragedi 9 hari 8 malam - part 7

aku tengok .. makcik kaya dengan awek thailand tu rapat betul. agaknye depa ni dah lama kot dalam ward ni.. makcik kaya panggil awek thailand tu Murni ...

Murni ... aku nak air ..
Murni ... nak makan ... 
Murni .. aku sejukk.. selimutkan aku ..
Murni .. pakaikan aku stokin
Murni ... aku nak mandi ... 
Murni ... 
Murni ... 
Murni .... 

Murni ... itu ... Murni ini ... kadang aku rasa macam si Murni tu dah jadi dia nye personal helper lak ... sabar je si Murni tu melayan makcik kaya. kadang kesian gak aku tengok dia ... ye lah ... semua masing2 x sihat juga. bukan makcik kaya sorang je yang sakit. kadang dia buat tak paham je ... dok mengulikan orang lak. Nurse2 semua banyak keje lain selain nak melayan karenah pesakit. 

Si Murni tu tangan dia memang sentiasa ada di pasang ubat. dekat area bawah lengan dia. soo pergerakan dia memang terbatas. tapi dia memang sangat berusaha keras untuk tolong makcik kaya tu. dengan sebelah tangan dia dok lap2 makcik kaya atau buat apa2 saja yang makcik kaya nak. Tapi makcik kaya tu tetap ada saja tak puas hati.

ye lah .. si murni tu bukan faham benar pun bahasa English. Basic n broken english je kot. kadang Makcik kaya tu cakap bahasa melayu. mana la dia paham ... dah tu mula lah dia mengamuk ... ehhh aku kata jangan ... kadang dia dok ulang2 cakap sesuatu ... tapi murni tu tak paham. lepas tu boleh la dengar makcik tu cakap ... "ehhh bodoh la engkau ni .... eee aku tak suka la engkau ni "... 
 
Tapi bila time dia baik ... 
"Murni .. I love you" siap buat love signal tangan tu ... 
"Murni .. aku sayang engkau.. aku nak bela engkau nanti"  ... 
 

biasanya dia akan cakap .. "Aku kesian la tengok dia ni ... apa lah nasib dia .. kesian tau .. dia pun manusia juga .. esok bila aku keluar sepital .. aku nak bela engkau Murni ... nanti ko duduk la dengan aku ... aku bagi ko tempat tinggal dan gaji ..." 
 
Si Murni pun sama gak .. selalu cakap kat aku Makcik kaya sayang dia ... dia pun sayang Makcik Kaya 
dia pernah cakap kat aku suatu hari masa makcik kaya dengan Murni tengah gaduh/merajuk .. 
 
"I see her like my Mother ... She sick . thats why she angry" ..
"She want me to stay with her .. she want to give me 350 ringgit..."   She said she stay somewhere at Garden Villa  (entah aku dah lupa apa nama dia sebut .. tapi ada villa2 laaa... tu aku saja panggil dia makcik kaya)

Aku saja tanya ... " Now .. How much salary u get? ... dia jawab "RM1500" .. aku jawab ... "then .. better you work at the salon than working with her".. 
 
aku bukan apa ... simpati sangat kat dia .. bila tengok dia kena marah n maki dengan Makcik kaya ... aku lak yang rasa geram kat makcik tu ... rasa nak cakap je .... apa makcik ingat dia ni personal nurse acik ke nak marah2? Kadang-kadang tengok perangai Makcik kaya ni buat aku naik angin la ... stress .. geram nak marah ...

Pernah satu petang tu .. makcik kaya nak betulkan sanggul rambut dia ... 

Makcik Kaya .. "Miee ... ko ada sikat?"
"Sikatt ... xde la acikk" jawab aku ... 
"Murnii .... aku nak betulkan rambut aku ni ... Murni .... "
Bangun la si murni terpinga-pinga tak tahu apa benda ... 
nampak makcik kaya pegang rambut dia .. si murni pun pegi la dengan sebelah tangan dia yg bercucuk ubat tu tolong org tua tu ... baru nak bukak getah rambut dia tu .... 
"Aduh .. aduhh ... aduhhh ... sakit la rambut aku bodohhh ... ehh bodoh la dia ni ... aku nak buat sendiri laaa ...  engkau tak payah tolong aku laa .. aku boleh buat sendiri ... aduu sakit la" 
"Miee ... ko tolong cakap ngan dia tak payah tolong akuu..Aku nak buat sendiri " 
 Ahhh sudah ... aku pun terbabit sama lak ... 
aku pun cakap la "Misss . misss.. dont help her .. she want to do herself" 
lepas tu baru la awek Thailand tu duduk tempat dia sambil tengok orang tua tu dok kelebek punjut rambut dia yang memang dah kusut masai tu. 

Kadang aku geram takleh tahan gak ... aku cakap kat makcik kaya ... "dia mana la paham bahasa inggeris sangat ... dia bukannya pandai sangat macam acik punya bahasa inggeris ... dia paham yang basic-basic aje pun" ...
udah orang tua tu membebel ...." cakap bahasa melayu tak paham .. cakap bahasa inggeris pun tak paham ...  bodoh betul la ko ni"
Aduhhhhh .... geramnya aku rasa nak pekup-pekup mulut acik tu biar senyap sikit ... bingit dan sakit hati aku bila dengar dia menyumpah-nyumpah orang. 

Makcik kaya ni dia takleh dengar orang lain bising ... kalau orang lain berbunyi .. dia mula la jadi x betul jugak ... buat pengetahuan korang ... dalam ward ni .. macam-macam bunyi ada ... ada yang kekejap panggil nurse dan doktor (aku belum sampai cerita part ni lagi) ... ada yg dok mengerang sakit ... ada yang dok ulang-ulang ayat "aku nak balikk ... aku nak balik laaa".mengamuk .( makcik belakang row aku. biasanya dia x bunyi sangat..sesekali jer.  ) macam macam bunyi lagi termasuk bunyi mesen tah ape ke benda .. te no nett ... te no nett ... x berenti ....

Bersambung ......

~ It'S OnLy Me ~ 
 Amietz

Rabu, 27 Oktober 2021

Tragedi 9 hari 8 malam - part 6

Pagi yang segar .. entah bila masa akhirnya aku terlelap juga. Tu pun setelah semua urusan selesai dan badan aku bebetul dah sejuk bawah kipas malam tu. Aku tersedar awal macam biasa jam 5 lebih sebelum Subuh.


 Disebabkan aku dah tau kat mana tempat baju.. Soo aku pergi ambik sendiri. Lalu dekat bilik kaca .. katil orang yang diselamatkan semalam dah di tutup sepenuhnya dengan tirai. Soo X nampak apa². Aku terus pergi mandi. 

Pagi tu masa semua dah siap sarapan dan masih bertenang .. datang orang yg bawa troli untuk bawa body. Betul sangkaan aku. Org Tu dah xde malam tadi. Entah bila masa aku X pasti. 

Aku nampak pakcik sebelah dok urut² kaki dia.. tiba2 dia bersuara ... "Ada minyak panas tak?"

"Tak ada la pakcik. Tapi kalau yoko² saya ada. Pakcik nak ke?" Jawab aku

"Boleh jugak la. Pakcik nak sikit"

Aku pun keluarkan yoko² dari beg merah n serahkan pada pakcik tu. 

Dah siap sapu. Dia pun bagi aku balik botol tu. Aku pun letak dekat atas almari besi tepi katil aku... Aku cakap ..

"Pakcik.. saya letak kat almari besi ni. Nanti kalau pakcik nak pakai.. pakcik ambik la"

Tiba² makcik kaya bersuara... "Ehh.. KO ada yoko² ehh. Bak sini sikit"

Aku pun ambik yoko² dan bawak bagi makcik kaya. Dia suruh aku sapu kat belakang badan dia .. dekat dada dia ... Nak sapu banyak² sikit katanya. 

"Ehh.. nama KO sape?" Tiba² makcik kaya bersuara... 

"Nama saya Amie acik".. 

"Ok. Terima kasih".. aku pun bawak balik yoko² tu dekat meja aku... 

Tak lama lepas tu .. dia panggil lagi . 
"Amie ... Amie ... Acik nak sikit lagi yoko². " 

Masa aku pergi bagi yoko² tu .. dia cakap ...  
"acik ada bawak minyak panas botol biru kecik.. entah mana jatuh.. KO ada nampak?.. bagi acik lah yoko² ni .. nanti esok aku suruh anak aku ganti yang baru. "

"Alaa... Takpe la .. acik pakai je ... Yoko² ni saya letak kat tepi ni ya" sambil letak kat tepi laci besi makcik tu. 

Meh kita berkenalan lagi dengan character yg ada dalam ward ni. Watak² penting yg aku nak cerita akan datang. Cerita yg lagi kelakar .. haru biru dan macam² lagi... 

Sebelah pakcik tua belah kiri aku ialah laluan jalan .. selepas pada tu. Ada seorang lelaki Sabah bertopi. Hari² dia akan buat video call dengan family dia. Boleh dengar dia sembang dengan anak².. dengan isteri n keluarga. Nampak macam rapat dan terasa caring keluarganya. Aku dengar macam slang Sabah Aje. Tapi X tau la. 

Aku lak X call pun lagi ibu. Berbahagi rasa. Nak bagi tahu.. takut dia risau. X bagi tahu .. serba salah pulak. Tapi dalam hati ni rasa MCM X berapa nak kental perasaan. Rasa Rindu sangat. Selalunya selang sehari aku akan video call ibu. Tapii..  Nanti dulu lah... Adik aku dah tau. Ok lah. 

Brother Sabah ni relax Aje. Xde ape². Malam² kadang² aku macam dengar dia bukak opera cina Aje. Slow mendayu² je muzik n nyanyian tu. X pasti la opera ke ape. Yg pasti lagu cina slow.  

Selalu kalau dia tengok aku .. aku senyum Aje la. X pernah berbual pun. Dia senyum. Aku senyum .. di sebalik mask .. 

Sebelah brother Sabah .. ada sorang lelaki Cina. Badan dia kurus tinggi macam org ada aneroxia.. kurus keding.. kepala dia bulat rambut dipotong botak. Telinga capang.. bibir tebal.. mulut dia sentiasa ternganga luas jugak (macam orang yang bernafas melalui mulut)

Cakap pasal telinga capang.. aku teringat ada watak budak ni jadi toyol ... badan warna hijau telinga capang. Sama sebijik MCM tu lah. Cuma dia pakai baju merah. Soo aku panggil "Mamat merah". 

Mamat merah ni hobi dia minum air. Dia akan ulang alik depan bilik kaca untuk ke pantri. Depan pantri ada 1 tong air besar. Siapa nak boleh ambik air kat situ. Soo kerja mamat merah ni ulang alik ambik air. Bila sampai dekat katil dia .. dia akan minum slow². Lepas tu ulang alik lagi angkut air. Sepanjang hari. 

Mamat merah ni dia seolah² orang tengah mengelamun... Kalau dia tenung 1 tempat tu.. macam nak tembus la pandangan dia sebelah sana. Biasanya dia akan berdiri hujung kaki katil Brother Sabah dan tenung ke arah pintu keluar ward. Tenung Aje lama² 1 tempat tu .. mata tak berkelip ..  mulut terbuka dan air liur menjejes² menitik X berhenti....

Bersambung ...  




~ It'S OnLy Me ~ 
 Amietz

Selasa, 26 Oktober 2021

Tragedi 9 hari 8 malam - part 5

Tengahari tu lepas makan dan semua bertenang ... tiba².. semua staff berlari² masuk dalam bilik istimewa. Ada yg lari pergi ambik barang. Keluar masuk dari bilik tu. Semua staff cemas. 

Ada sebuah katil yang tiba² di tolak keluar dari bilik tu. Diletakkan bebetul dekat lorong sebelah makcik kaya. Ada sorang perempuan duduk atas katil tu sambil merenung ke dalam bilik kaca. Tepi dia ada beg yang dah siap di kemas. Perempuan tu pakai baju biasa. Bukan baju hospital. 

Keadaan sekeliling kat situ semua senyap sunyi. Agaknye semua berdebar dok tengok apa yg berlaku. Dalam bilik kata tu. Staff semua dok sekeliling seseorang tu. Masing² tengah berusaha nak selamatkan orang tu. Lama jugak la baru selesai. Masing² keluar keletihan. 


Kesian juga kalau tengok pada keadaan staff ward Tu. Kalau pesakit hanya pakai mask. Tapi staff situ.. semuanya lengkap pakai ppe macam org yg ambik sample COVID test tu. FULL PPE dari hujung kepala sampai hujung kaki. Ye lah. Ward Tu semuanya bercampur. Semua naik dari emergency. X tahu status covidnya lagi. 

Ooo yeah.. Aku pun .. awal² lagi dah kena jolok juga lobang hidung dan tekak. Tapi sementara belum keluar result. Memang kena duduk dekat ward tu dulu. 

Berbalik pada cerita tadi... Soo bila dah tenang. Aku pun ambik peluang pergi bilik air. Memang kena lalu depan bilik kaca tu. Masa lalu depan perempuan yg duduk kat lorong tu. Aku sempat sembang. 

Aku cakap .. "dah ok ke dia?" Merujuk kepada org yang di selamatkan tadi...

 Perempuan tu cakap.. "dah ok dah.. tadi tiba² je oksigen dia jadi 0. Saya dekat katil sebelah dia tadi. Tu yg dorang tolak keluar". 

"OOO ni dah boleh balik ye? Alhamdulillah. " Aku nampak muka dia macam terkejut tak habis lagi. 

Then dia cakap lagi... "Akak tau tak?.. sejak saya duduk dalam bilik tu.. dah 3 orang meninggal. Tuhan Aje yang tahu.. saya tak berani nak tidur langsung masa kena pakai oksigen tu. Saya tahan je ngantuk saya".. 

"Ok lah kalau dah pulih. Alhamdulillah. Semoga terus sihat ya". Aku tepuk bahu dia slow2 and terus pergi ke tandas.. 

Masa aku selisih lagi Ngan perempuan tu masa nak balik ke katil aku... Dia tahan aku... 

"Akak... Tengok kat dalam tuuu" sambil mulut dia muncung tunjuk ke dalam bilik kaca... nada dia cemas ... Muka dia pun MCM cuak dan risau je ... 

Automatik aku pun terus berpaling tengok kat dalam bilik kaca ... rupanya sekali lagi oksigen org tu drop. Rasanya X sampai setengah jam lepas kali pertama dia kena ... Allahu... Aku berdoa dalam hati .. permudahkanlah urusan semua... Cepat² aku beredar ke katil.. aku tengok dari jauh ... Entah berapa lama aku tak perasan... Tapi selepas tu keadaan kembali tenang. Mungkin semua staff pun dah keletihan. 

Lewat petang hari tu... Aku nampak .. ada seorang kakitangan ada berdiri dekat tepi pesakit yang di beri bantuan kecemasan tadi. Ada 2 orang berdiri di luar pintu bilik kaca sebelah luar ward dekat laluan jalan luar dok tengok orang tu dari luar. Dekat tangan staff tu aku nampak ada handphone yang dia letakkan dekat dengan pesakit. Aku X pasti org tu sedar ke tidak. Tapi aku dapat agak yang staff tu buat video call dengan keluarga pesakit tu. 

Dalam hati aku terdetik.. adakah itu panggilan terakhir pada keluarga dia... Mungkin juga keadaan org tu dah X ok lagi... mungkin ... 

Keadaan yg agak bising dengan macam² bunyi sebelum ni .. tiba² rasa tenang dan sunyi... 

Malam tu cuaca panas sangat... Angin tak bertiup lagi... Aku tak boleh tidur malam tu. Memang berpeluh² dan tak selesa. Rasa nak mandi .. tapi dah jam 2 pagi.. aku ambik kerusi .. letak tengah2 jalan antara 4 penjuru kaki katil aku. Duduk betul² bawah kipas. Leganya rasa ... Baru la rasa sejuk sikit. 

Awek Thailand tanya aku... "U no se-leep" bunyi nyerr.. hehehe dia tanya aku tak tido ke sambil bagi isyarat tangan untuk tidur.

Aku cakap .. "very hot.. I cannot sleep.. sweating.. I want to sit here.. cold" sambil jari tunjuk ke kipas... "Why u Don't sleep?"

"I kennot se-leep.. all day se-leep eating se-leep eating. Body all pain" balas dia sambil tersenyum. Lembut je muka dia. Suara dia pun lembut Aje. 

Memang tak boleh nak tidur pun .. panas dan cerah lampu .. macam mana nak tidur. Lagipun malam² nurse akan datang ambik tekanan darah la. Ambik darah kat jari untuk check gula la.. then doktor datang jam 3 pagi nak ambik darah la.. ada jerrr...  

Bersambung ... 

~ It'S OnLy Me ~ 
 Amietz

Isnin, 25 Oktober 2021

Tragedi 9 hari 8 malam - part 4

Sebelah makcik kaya ada sorang perempuan... Aku ingatkan dia cina. Rupanya dia warga negara Thai. Sekali tengok muka dia sentiasa kelam jer. Sedih.. murung..  biasa dia akan duduk dekat penjuru hujung katil menghadap ke luar. Termenung jauh ... Entah apa la dia fikirkan. Kadang² tiba² je dia nangis. Lepas tu dok cakap .. "I want to go back". "I'm ok.. why they don't let me go back". "I no crazy".. nangis.  


Dari info makcik kaya ... Pompuan ni kena prank Ngan kawan dia. Kawan² dia kata dia gila. Masa dia di hantar ke hospital. Ada 4 orang polis bawak dia. Sama juga cerita dari mulut dia sendiri... Cuma dia kata dia X sakit. Sedih dia bila dia bercerita yang orang kata dia gila. 

Dari kata doktor yang datang check dia... tekanan darah dia rendah sangat dan darah pun X cukup. Memang dia kena stay lagi dekat hospital selagi belum ok. Dia memang X dibenarkan berjalan² sebab anytime je dia boleh collapse. 

Ada mcm² jenis pesakit n penyakit Dekat ward ni. Awal masa masuk dalam ward ni.. memang nurse dan doktor dah pesan. Kena pakai mask sepanjang masa. Sebab kita X tahu siapa yang ada COVID atau yg ok. Soo berhati² lagi baik. 

Stress juga kalau sepanjang hari kena pakai mask. Rasa lemas. Tidur pun pakai mask. Tambah bila keadaan panas dan berkuap .. lagi la rasa rimas .. alhamdulillah nasib baik juga katil aku dekat tepi tingkap. Ward pulak dekat tingkat yg paling tinggi. Bila sesekali angin bertiup tu.. rasa selesa sangat. Time Tu Aku akan pusing tidur terbalik.. kepala kat hujung kaki katil tu supaya kepala aku terjongos kat pintu ward tu. Curi² bukak mask sebab nak hirup udara segar sambil berbaring tengok pemandangan bandar yang serabut tu. 

Tapi ada sekali tu .. tengah aku melayan angin sejuk .. terlelap sekejap. Alih² terkejut sebab nurse datang nak ambik pressure. Rasa nak tercabut jantung. Maklum lah .. KO kan tengah dok curi² bukak mask. Mau X terkejut. 

Bersambung ....

~ It'S OnLy Me ~ 
 Amietz

Ahad, 24 Oktober 2021

Tragedi 9 hari 8 malam - part 3

Maka bermulalah siri aku kena masuk antibiotik. Aku rasa awal² tu sehari ada 4 5 botol kecik kot. Mula² masa cucuk antibiotik tu rasa macam sejuk je ubat dia mengalir masuk. Rasa best la. Tapi kalau dah 5 botol .. terus rasa sengal tangan. Sejuk dia bertukar menjadi rasa sakit pulak. Tiap kali masuk antibiotik tu.. aku akan urut² tangan aku.. ada Gak timenya aku akan selimutkan tangan aku.. sebab tak tahan rasa sengal tu.  














Badan aku ni susah jugak nak serap antibiotik ni. Selalunya lepas dia pasang je wire tu. Memang sah² ubat X jalan pun. Setiap kali tu la nurse akan flush melalui lubang atas tu.. ohoiii... Sakit weyhhh... Ada sekali tu nurse flush.. rasa pedih gilaa tangan aku. Sampai terasa ada gelembung kat situ n selepas tu memang bengkak gila la tangan aku kat tempat cucuk. Kadang rasa panas membahang sakit kat situ. Ada Gak sekali nurse tu flush ni bukak paling besar dia nye drip... Perghh.. laju gila dia masuk lam tangan aku. Dah serupa MCM pam minyak jerrr. Zeroooshhhh laju je masuk... 

Ok... Meh cerita pasal jiran² aku pulak ...

Pakcik sebelah kiri aku ni rajin Gak ajak berbual. Tapi yg aku X tahan tu.. suara dia slow sangat. Kadang aku X Paham apa dia cakap. Pakcik tu mata dia dah X nampak pun. Katanya dia nampak aku nye kepala bulat Aje. Ciri² muka aku dia X nampak. Dia tanya aku keje ape. Dari mana n macam² lagi la. Satu yang pasti tentang pakcik ni.. dia suka makan.. boleh katakan sepanjang masa dia dok cerita pasal makanan Aje. Makan tu best..  makan ni best. Buat masak macam ni best... Buat masak macam tu sedap. Heheheh aku agak dia dah rindu masakan luar la. Maklum lah. Masakan spital mana ada kari2 .. lemak²... Pedas²... Yg sesedap rasa macam kita masak kat rumah la. Aku cakap .. "bagus la kalau pakcik masih ada selera nak makan. Baru ada tenaga. Saya ni kadang semua benda jadi X lalu nak makan....".  

Tu kisah pakcik sebelah katil aku... Ni cerita makcik katil depan pakcik tu pulak. Makcik tua rambut kerinting barang penuh keliling katil. Aku namakan dia "makcik kaya".. 

makcik kaya ni suka dok tenung aku. Kadang bila aku terpandang dia .. ehh dia macam dok tenung aku. Tapi dalam hati aku tertanya2 Gak. Makcik ni nampak ke tidak aku ek? Atau mata dia rabun .. X nampak macam pakcik tu jugak... aku perhatikan makcik kaya ni .. perasaan aku bercampur aduk. Why? 

Makcik kaya ni asal nurse lalu je .. dia akan panggil.. "hai sayanggg... I love you".. kadang ada nurse yg balas n melayan... Kadang ada nurse yg nak cepat n X sempat nak layan makcik kaya ... Kalau nurse X layan .. terus makcik tu membebel... "Huh sombong".. sometimes keluar perkataan "bodoh" ... 'Anjing"... 

Kadang doktor lalu.. dia cepat2 cakap  "hai sayanggg".. "hai doktor"... N kalau doktor X layan... "Huh Sombong"... "KO ingat KO bagus sangat ke? Anak aku pun doktor la. Bukan doktor biasa². Anak aku doktor pakar la... " Kadang melalut² dia membebel siap cakap... "KO ingat aku nak sangat ke masuk hospital ni. Aku ada duit la. Aku boleh masuk hospital swasta laaa..." Tapi perkataan "bodoh" ... 'Anjing"... memang selalu dia ulang² la. 

Sekejap aku dengar makcik tu menyanyi. Macam² jenis lagu jugak la. Termasuk lagu kanak² MCM si bangau sampai la ke lagu terkini di pasaran. Nyanyi pendek² je. Belum campur lagi yg lirik ikut suka dia n lagu children rhyme yang aku tak pernah dengar.

Kadang2 datang angin dia .. siap baca surah² pendek. Kadang ada yg betul. Kadang sampai sasul² salah. Tapi selalunya dia nyanyi jerrr.. 

Hati aku tertanya². Makcik ni betul ke tidak??? 

Bersambung..... 



~ It'S OnLy Me ~ 
 Amietz

Sabtu, 23 Oktober 2021

Tragedi 9 Hari 8 Malam - Part 2

Jam 3 pagi .. 




Aku, Adik yg preggy dan sorang lagi patient dilepaskan untuk naik ke ward daripada bilik emergency tu.

 Adik yang mengandung tu ada porter tolong tolak kerusi roda. Dalam masa yang sama ada sorang patient yang ditolak dengan guna katil. soo 2 orang porter kawal katil tu depan n belakang. N disebabkan aku ok je, soo aku jalan aje la ikut dorang naik ke ward sambil bawak barang-barang aku.

Masuk aje dekat ward ... aku tetiba bau semacam. Mula la Aku rasa pening tiba-tiba macam nak muntah n pitam. Ohhh tidakkk. walau pakai face mask 5 layer, bau tetap menerobos ke lubang hidung aku. aku tak tahannn. Siap aje katil. Terus aku campak beg merah kat penjuru kepala katil n terus baring letak kepala. tangan pegang balm tiger dekat hidung... baring sekejap.. terus  x sedar apa. X gerak2 sampai siang esoknya.

Pagi tu aku tersedar dengan udara pagi yang segar dan sayup-sayup kedengaran azan subuh. Rasa sengal-sengal badan aku sebab dari malam tadi aku pengsan terus tak sedar apa-apa. Bangun slow-Slow duduk bersila atas katil. Capai Beg merah dan teguk air yang aku bawak. Dah surut nak habis. 

Sambil-Sambil.. mata aku melilau tengok keadaan sekeliling. Katil aku terletak di bahagian tepi sekali wing kanan. dekat dinding @ pintu sliding. lorong yang aku duduk semua penuh dengan patient. ada yang sedang duduk termenung, tapi masih ramai yang nyenyak tidur. 

Sebelah kiri aku .. ada sorang pakcik tua terbaring .. kurus .. rambut nipis penuh uban.. 

depan katil pakcik tu pulak ada seorang makcik tua rambut kerinting. Penuh barang-barang sekeliling katil dia tu. berselimut tebal. Sejuk agaknya sebab dia betul-Betul dekat dengan kipas. Aku agak-agak mesti dia dah lama duduk situ. sebab katil dia sekeliling penuh dengan barang-barang n beg dia.

Sebelah depan katil aku pulak ada seorang perempuan yang agak muda. nampak macam orang cina. Rambut Ikal kemerahan macam burgundy, dengan seluar fit pendek warna hitam paras lutut dan baju tshirt. Kemas je katil dia. Nampak bersih dan terjaga.

Tak lama datang sorang nurse mintak izin ambik bacaan tekanan darah dan bacaan gula. Aku masih pakai baju yang sama daripada semalam. masih rasa boleh tahan walau badan belengas rasa nak mandi. malam tadi aku cuma bersihkan diri guna tisu basah berubat. Rasa selesa sikit lah walau hati meronta-ronta rasa nak pegi mandi.

 Siap ambil bacaan, aku pun terus tanya dekat mana aku boleh dapatkan baju hospital. Nurse tu terus pergi ambilkan sepasang baju belang hospital n cakap dengan aku .. " Baju dan kain ni semua ada dalam bilik yang paling bujung belah kiri. lain kali kalau puan nak, boleh je pegi ambik sendiri kat situ.

Dah dapat baju .. aku teringat tuala adik fieyaz dalam beg merah. Ahh. jadi la walau tuala budak pun.. janji aku boleh lap badan... soo dini hari pagi tu.. aku pegi mandi walau xde pakai sabun. leganya rasa tuhan aje yang tahu. rasa sejuk fresh aje. ye lah ... bayangkan kalau ko pakai baju yang sama dalam tempoh 24 jam. mesti ada rasa x selesa kan. pagi tu aku sorang aje yang baru bangun dan pegi mandi. Kebetulan staff malam baru je siap kemas-kemas dan cuci bilik air. rasa selesa juga lah dan yang paling best... BERSIH DAN WANGI

Teringat adik. terus wassap dia minta tolong hantarkan baju dan barang-barang keperluan aku..  aku mintak dia tolong belikan air mineral dan roti juga untuk bekalan aku kalau tetiba terasa lapar ke ape. 

BERSAMBUNG ... 


~ It'S OnLy Me ~ 

 Amietz

Jumaat, 22 Oktober 2021

Tragedi 9 hari 8 malam

Ok ... lets begin .... ini cerita pasal percutian 9 hari 8 malam dekat spital ..takde masa nak mengarang .. ada je hal yang mendatang ... soo hari ni saja la luang masa sekejap menaip cerita sebelum semua cerita luput daripada fikiran aku ..... 

Hari Selasa .. 

Masa aku tengah mendapatkan rawatan .. suddently badan aku jadi meggeletar bergegar-gegar sejuk yang teramat sangat sampai semua daging, urat dan lelemak kat badan aku ni bergegar-gegar. Soo aku di bagi panadol dan ubat chilling ke ape nama. soo aku balik makan ubat .. rest .. 

Rabu 

Aku x pegi keje .. ambik cuti rehat sebab aku rasa macam x larat sangat. 

Khamis 

Pagi aku rasa macam ok je ... aku pegi la ke pusat rawatan tu .. masa tengah buat rawatan tu .. sekali lagi badan aku automatik jadi bergegar balik ... soo staff situ cakap maybe aku ada jangkitan kuman .. dan secara automatik la dia pun buat surat n mintak aku pegi ke spital Kelang. 

Soo disebabkan aku bebetul x larat n demam. aku call adik aku untuk ambik aku n bawak g hospital Kelang. Balik rumah dulu untuk pack segala baju n benda-benda yang penting. lately memang macam tu la. kalau nak g spital je. memang automatik akan pack baju siap2. kalau x bermalam di hospital. aku bermalam kat rumah adik n layan anak2 buah.

Sampai kat hospital lebih kurang jam 5 lebih dah. Aku pun tunjuk surat n masuk la dekat kecemasan tu. daftar n jumpa doktor, doctor x cakap banyak pun. bila aku cakap jangkitan kuman tu, dia terus cakap aku kena masuk ward. disebabkan aku dah suruh adik balik. yg ada kat aku cuma beg sandang merah yg ada barang keperluan asas n sehelai tuala anak buah aku. Maka dengan rasminya aku di tahan di wad kecemasan. dorang bagi aku katil hujung sekali dekat dengan dinding. 

Sedar x sedar rupanya dah dekat jam 10 malam. terasa perut berkeroncong. aku hanya makan sarapan tadi pagi je. tunggu juga makanan hospital. tapi macam sepi je. soo aku sembang dengan budak sebelah aku. budak perempuan tu pregnant. dia kena tahan sebab ada masalah dengan jantung dia. budak tu pun dah menggelisah lapar. lepas sembang-sembang dengan budak tu, maka aku dengan dia pun sama-sama la order makanan online. Aku order nasi goreng, dia mee goreng. 

tak lama makanan sampai. tapi takde sudu pulak. aku pegi cari sinki untuk cuci tangan. budak tu hilang pegi mana tah. alih2 dia datang bawak 2 sudu yang dah siap di basuh n lap dengan tisu. Terus dia hulur kat aku satu sudu tu. Aku siap cakap, 

"laaaa sempat lagi pegi beli sudu.. saya dah makan dengan tangan. lapar sangat rasa.." 

dia kata " takpe la .. nanti boleh guna lagi sudu ni. Terima kasih kakak. belanja saya."



"Ok. Sama-sama. Terima kasih jugak bagi sudu ni".. soo kami sama-sama makan then selepas tu sambung rehat. lebih kurang setengah jam lepas tu, budak tu kena naik wheel chair untuk pergi check. aku pulak cuba untuk rehat n melelapkan mata. tapi dekat situ aku kena serangan nyamuk. langsung xleh tidur. Alih-alih jam 3 pagi. nurse kejutkan aku suruh kemas barang-barang untuk pindah ke ward. 


BERSAMBUNG ...............

~ It'S OnLy Me ~ 

 Amietz

Dah Follow Jijah ???

Dah Follow Jijah ???
har..har har ... sabo je laa serindit ni tauu ... dia cakap meh nak kasik jijah femess ... ramai follower dalam sekelip mata ...hahaha ni lah dia kasik ... ahaks ...lawak la ko serindit oittt ...tak tahann ... 30058 follower ...perghhhhh ... kejong Jijah japs ... ahaks .. thanks buddy ;) ..wink .. wink .. click je kat sebelah atas tu kalo nak follow ...

Jijah Ohh Jijah

Daisypath Anniversary tickers

Seiring & sejalan ...

Daisypath Anniversary tickers

Me & Vicky