keep on moving babeh ...

Happy Browsing Allz .. click my nuff nuff too ok ;) ..and ... please come again next time ...P/S: Let me know if i forgot to follow u back ok ..

Rabu, 27 Oktober 2021

Tragedi 9 hari 8 malam - part 6

Pagi yang segar .. entah bila masa akhirnya aku terlelap juga. Tu pun setelah semua urusan selesai dan badan aku bebetul dah sejuk bawah kipas malam tu. Aku tersedar awal macam biasa jam 5 lebih sebelum Subuh.


 Disebabkan aku dah tau kat mana tempat baju.. Soo aku pergi ambik sendiri. Lalu dekat bilik kaca .. katil orang yang diselamatkan semalam dah di tutup sepenuhnya dengan tirai. Soo X nampak apa². Aku terus pergi mandi. 

Pagi tu masa semua dah siap sarapan dan masih bertenang .. datang orang yg bawa troli untuk bawa body. Betul sangkaan aku. Org Tu dah xde malam tadi. Entah bila masa aku X pasti. 

Aku nampak pakcik sebelah dok urut² kaki dia.. tiba2 dia bersuara ... "Ada minyak panas tak?"

"Tak ada la pakcik. Tapi kalau yoko² saya ada. Pakcik nak ke?" Jawab aku

"Boleh jugak la. Pakcik nak sikit"

Aku pun keluarkan yoko² dari beg merah n serahkan pada pakcik tu. 

Dah siap sapu. Dia pun bagi aku balik botol tu. Aku pun letak dekat atas almari besi tepi katil aku... Aku cakap ..

"Pakcik.. saya letak kat almari besi ni. Nanti kalau pakcik nak pakai.. pakcik ambik la"

Tiba² makcik kaya bersuara... "Ehh.. KO ada yoko² ehh. Bak sini sikit"

Aku pun ambik yoko² dan bawak bagi makcik kaya. Dia suruh aku sapu kat belakang badan dia .. dekat dada dia ... Nak sapu banyak² sikit katanya. 

"Ehh.. nama KO sape?" Tiba² makcik kaya bersuara... 

"Nama saya Amie acik".. 

"Ok. Terima kasih".. aku pun bawak balik yoko² tu dekat meja aku... 

Tak lama lepas tu .. dia panggil lagi . 
"Amie ... Amie ... Acik nak sikit lagi yoko². " 

Masa aku pergi bagi yoko² tu .. dia cakap ...  
"acik ada bawak minyak panas botol biru kecik.. entah mana jatuh.. KO ada nampak?.. bagi acik lah yoko² ni .. nanti esok aku suruh anak aku ganti yang baru. "

"Alaa... Takpe la .. acik pakai je ... Yoko² ni saya letak kat tepi ni ya" sambil letak kat tepi laci besi makcik tu. 

Meh kita berkenalan lagi dengan character yg ada dalam ward ni. Watak² penting yg aku nak cerita akan datang. Cerita yg lagi kelakar .. haru biru dan macam² lagi... 

Sebelah pakcik tua belah kiri aku ialah laluan jalan .. selepas pada tu. Ada seorang lelaki Sabah bertopi. Hari² dia akan buat video call dengan family dia. Boleh dengar dia sembang dengan anak².. dengan isteri n keluarga. Nampak macam rapat dan terasa caring keluarganya. Aku dengar macam slang Sabah Aje. Tapi X tau la. 

Aku lak X call pun lagi ibu. Berbahagi rasa. Nak bagi tahu.. takut dia risau. X bagi tahu .. serba salah pulak. Tapi dalam hati ni rasa MCM X berapa nak kental perasaan. Rasa Rindu sangat. Selalunya selang sehari aku akan video call ibu. Tapii..  Nanti dulu lah... Adik aku dah tau. Ok lah. 

Brother Sabah ni relax Aje. Xde ape². Malam² kadang² aku macam dengar dia bukak opera cina Aje. Slow mendayu² je muzik n nyanyian tu. X pasti la opera ke ape. Yg pasti lagu cina slow.  

Selalu kalau dia tengok aku .. aku senyum Aje la. X pernah berbual pun. Dia senyum. Aku senyum .. di sebalik mask .. 

Sebelah brother Sabah .. ada sorang lelaki Cina. Badan dia kurus tinggi macam org ada aneroxia.. kurus keding.. kepala dia bulat rambut dipotong botak. Telinga capang.. bibir tebal.. mulut dia sentiasa ternganga luas jugak (macam orang yang bernafas melalui mulut)

Cakap pasal telinga capang.. aku teringat ada watak budak ni jadi toyol ... badan warna hijau telinga capang. Sama sebijik MCM tu lah. Cuma dia pakai baju merah. Soo aku panggil "Mamat merah". 

Mamat merah ni hobi dia minum air. Dia akan ulang alik depan bilik kaca untuk ke pantri. Depan pantri ada 1 tong air besar. Siapa nak boleh ambik air kat situ. Soo kerja mamat merah ni ulang alik ambik air. Bila sampai dekat katil dia .. dia akan minum slow². Lepas tu ulang alik lagi angkut air. Sepanjang hari. 

Mamat merah ni dia seolah² orang tengah mengelamun... Kalau dia tenung 1 tempat tu.. macam nak tembus la pandangan dia sebelah sana. Biasanya dia akan berdiri hujung kaki katil Brother Sabah dan tenung ke arah pintu keluar ward. Tenung Aje lama² 1 tempat tu .. mata tak berkelip ..  mulut terbuka dan air liur menjejes² menitik X berhenti....

Bersambung ...  




~ It'S OnLy Me ~ 
 Amietz

Tiada ulasan:

Dah Follow Jijah ???

Dah Follow Jijah ???
har..har har ... sabo je laa serindit ni tauu ... dia cakap meh nak kasik jijah femess ... ramai follower dalam sekelip mata ...hahaha ni lah dia kasik ... ahaks ...lawak la ko serindit oittt ...tak tahann ... 30058 follower ...perghhhhh ... kejong Jijah japs ... ahaks .. thanks buddy ;) ..wink .. wink .. click je kat sebelah atas tu kalo nak follow ...

Jijah Ohh Jijah

Daisypath Anniversary tickers

Seiring & sejalan ...

Daisypath Anniversary tickers

Me & Vicky