keep on moving babeh ...

Happy Browsing Allz .. click my nuff nuff too ok ;) ..and ... please come again next time ...P/S: Let me know if i forgot to follow u back ok ..

Selasa, 26 Oktober 2021

Tragedi 9 hari 8 malam - part 5

Tengahari tu lepas makan dan semua bertenang ... tiba².. semua staff berlari² masuk dalam bilik istimewa. Ada yg lari pergi ambik barang. Keluar masuk dari bilik tu. Semua staff cemas. 

Ada sebuah katil yang tiba² di tolak keluar dari bilik tu. Diletakkan bebetul dekat lorong sebelah makcik kaya. Ada sorang perempuan duduk atas katil tu sambil merenung ke dalam bilik kaca. Tepi dia ada beg yang dah siap di kemas. Perempuan tu pakai baju biasa. Bukan baju hospital. 

Keadaan sekeliling kat situ semua senyap sunyi. Agaknye semua berdebar dok tengok apa yg berlaku. Dalam bilik kata tu. Staff semua dok sekeliling seseorang tu. Masing² tengah berusaha nak selamatkan orang tu. Lama jugak la baru selesai. Masing² keluar keletihan. 


Kesian juga kalau tengok pada keadaan staff ward Tu. Kalau pesakit hanya pakai mask. Tapi staff situ.. semuanya lengkap pakai ppe macam org yg ambik sample COVID test tu. FULL PPE dari hujung kepala sampai hujung kaki. Ye lah. Ward Tu semuanya bercampur. Semua naik dari emergency. X tahu status covidnya lagi. 

Ooo yeah.. Aku pun .. awal² lagi dah kena jolok juga lobang hidung dan tekak. Tapi sementara belum keluar result. Memang kena duduk dekat ward tu dulu. 

Berbalik pada cerita tadi... Soo bila dah tenang. Aku pun ambik peluang pergi bilik air. Memang kena lalu depan bilik kaca tu. Masa lalu depan perempuan yg duduk kat lorong tu. Aku sempat sembang. 

Aku cakap .. "dah ok ke dia?" Merujuk kepada org yang di selamatkan tadi...

 Perempuan tu cakap.. "dah ok dah.. tadi tiba² je oksigen dia jadi 0. Saya dekat katil sebelah dia tadi. Tu yg dorang tolak keluar". 

"OOO ni dah boleh balik ye? Alhamdulillah. " Aku nampak muka dia macam terkejut tak habis lagi. 

Then dia cakap lagi... "Akak tau tak?.. sejak saya duduk dalam bilik tu.. dah 3 orang meninggal. Tuhan Aje yang tahu.. saya tak berani nak tidur langsung masa kena pakai oksigen tu. Saya tahan je ngantuk saya".. 

"Ok lah kalau dah pulih. Alhamdulillah. Semoga terus sihat ya". Aku tepuk bahu dia slow2 and terus pergi ke tandas.. 

Masa aku selisih lagi Ngan perempuan tu masa nak balik ke katil aku... Dia tahan aku... 

"Akak... Tengok kat dalam tuuu" sambil mulut dia muncung tunjuk ke dalam bilik kaca... nada dia cemas ... Muka dia pun MCM cuak dan risau je ... 

Automatik aku pun terus berpaling tengok kat dalam bilik kaca ... rupanya sekali lagi oksigen org tu drop. Rasanya X sampai setengah jam lepas kali pertama dia kena ... Allahu... Aku berdoa dalam hati .. permudahkanlah urusan semua... Cepat² aku beredar ke katil.. aku tengok dari jauh ... Entah berapa lama aku tak perasan... Tapi selepas tu keadaan kembali tenang. Mungkin semua staff pun dah keletihan. 

Lewat petang hari tu... Aku nampak .. ada seorang kakitangan ada berdiri dekat tepi pesakit yang di beri bantuan kecemasan tadi. Ada 2 orang berdiri di luar pintu bilik kaca sebelah luar ward dekat laluan jalan luar dok tengok orang tu dari luar. Dekat tangan staff tu aku nampak ada handphone yang dia letakkan dekat dengan pesakit. Aku X pasti org tu sedar ke tidak. Tapi aku dapat agak yang staff tu buat video call dengan keluarga pesakit tu. 

Dalam hati aku terdetik.. adakah itu panggilan terakhir pada keluarga dia... Mungkin juga keadaan org tu dah X ok lagi... mungkin ... 

Keadaan yg agak bising dengan macam² bunyi sebelum ni .. tiba² rasa tenang dan sunyi... 

Malam tu cuaca panas sangat... Angin tak bertiup lagi... Aku tak boleh tidur malam tu. Memang berpeluh² dan tak selesa. Rasa nak mandi .. tapi dah jam 2 pagi.. aku ambik kerusi .. letak tengah2 jalan antara 4 penjuru kaki katil aku. Duduk betul² bawah kipas. Leganya rasa ... Baru la rasa sejuk sikit. 

Awek Thailand tanya aku... "U no se-leep" bunyi nyerr.. hehehe dia tanya aku tak tido ke sambil bagi isyarat tangan untuk tidur.

Aku cakap .. "very hot.. I cannot sleep.. sweating.. I want to sit here.. cold" sambil jari tunjuk ke kipas... "Why u Don't sleep?"

"I kennot se-leep.. all day se-leep eating se-leep eating. Body all pain" balas dia sambil tersenyum. Lembut je muka dia. Suara dia pun lembut Aje. 

Memang tak boleh nak tidur pun .. panas dan cerah lampu .. macam mana nak tidur. Lagipun malam² nurse akan datang ambik tekanan darah la. Ambik darah kat jari untuk check gula la.. then doktor datang jam 3 pagi nak ambik darah la.. ada jerrr...  

Bersambung ... 

~ It'S OnLy Me ~ 
 Amietz

Tiada ulasan:

Dah Follow Jijah ???

Dah Follow Jijah ???
har..har har ... sabo je laa serindit ni tauu ... dia cakap meh nak kasik jijah femess ... ramai follower dalam sekelip mata ...hahaha ni lah dia kasik ... ahaks ...lawak la ko serindit oittt ...tak tahann ... 30058 follower ...perghhhhh ... kejong Jijah japs ... ahaks .. thanks buddy ;) ..wink .. wink .. click je kat sebelah atas tu kalo nak follow ...

Jijah Ohh Jijah

Daisypath Anniversary tickers

Seiring & sejalan ...

Daisypath Anniversary tickers

Me & Vicky