Hari ni dah 13 hari arwah Ani si "cantik manis" dan x bos aku meninggal. Kebetulan pula .. dua orang meninggal pada hari yang sama.. sorang meninggal awal pagi ... sorang lagi meninggal sebelah petang di hospital .. cuma bezanya si cantik manis masih muda belia dan sihat tubuh badan ... n x bos aku pulak .. memang dah sedia maklum x berapa sihat dari dulu lagi n meniti hari2 untuk persaraan.. .
semalam aku mendapat perkhabaran baharu .. kawan sekolah menengah aku dulu si George. mmm.. teringat keletah dia yg sentiasa ceria n active.
ada satu yg sama bagi semua mereka. perkara yg pertama akan di sebut adalah perangai n sikap individu tu sendiri ... "ohh ... arwah dulu .. baik orangnye" ... ayat ni bukan main2 rupanya ... yg baik .. akan kekal nampak baik n yg x elok tetap juga di kenang sebegitu.
agaknye ... macam mana la orang akan ingat pasal aku ek? aku harap semuanya baik2 sahaja ...
sungguh .. aku takut ...
~ It'S OnLy Me ~
Amietz
Tiada ulasan:
Catat Ulasan