keep on moving babeh ...

Happy Browsing Allz .. click my nuff nuff too ok ;) ..and ... please come again next time ...P/S: Let me know if i forgot to follow u back ok ..

Jumaat, 22 Oktober 2021

Tragedi 9 hari 8 malam

Ok ... lets begin .... ini cerita pasal percutian 9 hari 8 malam dekat spital ..takde masa nak mengarang .. ada je hal yang mendatang ... soo hari ni saja la luang masa sekejap menaip cerita sebelum semua cerita luput daripada fikiran aku ..... 

Hari Selasa .. 

Masa aku tengah mendapatkan rawatan .. suddently badan aku jadi meggeletar bergegar-gegar sejuk yang teramat sangat sampai semua daging, urat dan lelemak kat badan aku ni bergegar-gegar. Soo aku di bagi panadol dan ubat chilling ke ape nama. soo aku balik makan ubat .. rest .. 

Rabu 

Aku x pegi keje .. ambik cuti rehat sebab aku rasa macam x larat sangat. 

Khamis 

Pagi aku rasa macam ok je ... aku pegi la ke pusat rawatan tu .. masa tengah buat rawatan tu .. sekali lagi badan aku automatik jadi bergegar balik ... soo staff situ cakap maybe aku ada jangkitan kuman .. dan secara automatik la dia pun buat surat n mintak aku pegi ke spital Kelang. 

Soo disebabkan aku bebetul x larat n demam. aku call adik aku untuk ambik aku n bawak g hospital Kelang. Balik rumah dulu untuk pack segala baju n benda-benda yang penting. lately memang macam tu la. kalau nak g spital je. memang automatik akan pack baju siap2. kalau x bermalam di hospital. aku bermalam kat rumah adik n layan anak2 buah.

Sampai kat hospital lebih kurang jam 5 lebih dah. Aku pun tunjuk surat n masuk la dekat kecemasan tu. daftar n jumpa doktor, doctor x cakap banyak pun. bila aku cakap jangkitan kuman tu, dia terus cakap aku kena masuk ward. disebabkan aku dah suruh adik balik. yg ada kat aku cuma beg sandang merah yg ada barang keperluan asas n sehelai tuala anak buah aku. Maka dengan rasminya aku di tahan di wad kecemasan. dorang bagi aku katil hujung sekali dekat dengan dinding. 

Sedar x sedar rupanya dah dekat jam 10 malam. terasa perut berkeroncong. aku hanya makan sarapan tadi pagi je. tunggu juga makanan hospital. tapi macam sepi je. soo aku sembang dengan budak sebelah aku. budak perempuan tu pregnant. dia kena tahan sebab ada masalah dengan jantung dia. budak tu pun dah menggelisah lapar. lepas sembang-sembang dengan budak tu, maka aku dengan dia pun sama-sama la order makanan online. Aku order nasi goreng, dia mee goreng. 

tak lama makanan sampai. tapi takde sudu pulak. aku pegi cari sinki untuk cuci tangan. budak tu hilang pegi mana tah. alih2 dia datang bawak 2 sudu yang dah siap di basuh n lap dengan tisu. Terus dia hulur kat aku satu sudu tu. Aku siap cakap, 

"laaaa sempat lagi pegi beli sudu.. saya dah makan dengan tangan. lapar sangat rasa.." 

dia kata " takpe la .. nanti boleh guna lagi sudu ni. Terima kasih kakak. belanja saya."



"Ok. Sama-sama. Terima kasih jugak bagi sudu ni".. soo kami sama-sama makan then selepas tu sambung rehat. lebih kurang setengah jam lepas tu, budak tu kena naik wheel chair untuk pergi check. aku pulak cuba untuk rehat n melelapkan mata. tapi dekat situ aku kena serangan nyamuk. langsung xleh tidur. Alih-alih jam 3 pagi. nurse kejutkan aku suruh kemas barang-barang untuk pindah ke ward. 


BERSAMBUNG ...............

~ It'S OnLy Me ~ 

 Amietz

1 ulasan:

Suria Amanda berkata...

Dapat bayangkan betapa lapar sebab hanya sarapan pagi kan...

Dah Follow Jijah ???

Dah Follow Jijah ???
har..har har ... sabo je laa serindit ni tauu ... dia cakap meh nak kasik jijah femess ... ramai follower dalam sekelip mata ...hahaha ni lah dia kasik ... ahaks ...lawak la ko serindit oittt ...tak tahann ... 30058 follower ...perghhhhh ... kejong Jijah japs ... ahaks .. thanks buddy ;) ..wink .. wink .. click je kat sebelah atas tu kalo nak follow ...

Jijah Ohh Jijah

Daisypath Anniversary tickers

Seiring & sejalan ...

Daisypath Anniversary tickers

Me & Vicky